Jawapan kepada Soalan Lazim untuk Membantu Anda Memahami Lebih Lanjut tentang Pembiayaan Kredit dan Pelaburan Kami.
PutraKop menawarkan tiga jenis pembiayaan iaitu pembiayaan peribadi, pembiayaan barangan pengguna serta pembiayaan pelancongan dan umrah.
Hanya anggota PutraKop yang merupakan kakitangan berstatus tetap atau kontrak sahaja yang layak memohon pembiayaan.
Kelebihan pembiayaan PutraKop adalah ia patuh syariah, menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding bank komersial serta menyediakan bayaran balik secara tetap yang memudahkan perancangan kewangan pemohon.
Proses permohonan biasanya mengambil masa antara 7 hingga 14 hari bekerja untuk kelulusan oleh jawatankuasa.
Manakala proses pembayaran wang kepada anggota pula mengambil masa sehingga 7 hari bekerja selepas kelulusan, tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa PutraKop.
Semakan kelayakan boleh dibuat dengan melampirkan penyata gaji terkini dan menghantarnya melalui WhatsApp Careline PutraKop di nombor berikut : 011-1096 7110
Putrakop | Khidmat Pelanggan
Typically replies within minutes
Perlukan bantuan atau maklumat lanjut? Hubungi kami di WhatsApp!
WhatsApp Kami
🟢 Online | Privacy policy
WhatsApp Kami