Info Korporat

Ketahui Latar Belakang, Visi, dan Kejayaan Korporat Kami yang Menjadi Asas kepada Pertumbuhan dan Kecemerlangan dalam Industri

Pengenalan

Koperasi Perbadanan
Putrajaya Berhad

Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad atau singkatannya PutraKop telah di tubuhkan pada 𝟭𝟮 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟭𝟯. Keanggotaan koperasi ini terdiri daripada pekerja-pekerja berkanun di Perbadanan Putrajaya.

Penubuhan PutraKop adalah sebagai satu platform yang akan memberikan ruang dan peluang kepada pegawai dan kakitangan Perbadanan Putrajaya untuk memikirkan, menjalankan dan berkongsi keuntungan hasil daripada aktiviti komersil untuk manfaat dan faedah secara bersama.

𝗜𝗱𝗲𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗞𝗼𝗽 telah lama disuarakan oleh pegawai dan pekhidmat Perbadanan Putrajaya dalam forum/mesyuarat seperti Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan Perbadanan Putrajaya (KRISputra). Keperluan bagi penubuhan koperasi di Perbadanan Putrajaya juga turut telah disarankan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Presiden. Selaras dengan sokongan padu ini maka kata sepakat telah dipersetujui bersama bagi penubuhan PutraKop ini.

Antara cadangan awal aktiviti / bidang komersil yang berpotensi untuk diceburi dan diterokai oleh Koperasi Perbadanan Putrajaya adalah dalam sektor: pembangunan stesen minyak, lot-lot komersil, peruncitan, hartanah dan khidmat pembiayaan kepada anggota-anggotanya.

PutraKop berharap agar dapat meluaskan lagi aktiviti perniagaan yang diceburi di samping dapat memberikan faedah dan perkhidmatan yang terbaik untuk anggota dan seterusnya dapat menyumbangkan peningkatan KDNK negara. Harapan 5 tahun akan datang PutraKop menjadi koperasi yang mampu berdaya saing secara progresif dan amanah supaya koperasi menjadi yang cemerlang dari pelbagai aspek.

Visi

Koperasi berkualiti, komited dan berdaya saing.

Misi

1. Menjalankan aktiviti perniagaan yang berdaya maju.
2. Menghasilkan pulangan atas modal pada kadar yangkompetitif.
3. Operasi pengurusan & perniagaan secara digital, efisien & automasi.
4. 100 Koperasi terbaik nasional.
5. Melahirkan modal insan yang berpotensi.

Objektif

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkan oleh
Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad

Memastikan aktiviti perniagaan menjana keuntungan bersih tahunan.

Memastikan bayaran dividen 10% atas modal syer.

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti & efisien.

Mengintegrasikan sumber, sistem & teknologi dalam organisasi.

Menfokuskan pemantapan modal insan dengan ilmu, latihan & kemahiran.

Organisasi

Anggota Lembaga Koperasi 2025/2026

Anggota Lembaga Koperasi

YM Tengku Mazuki Bin YM Tengku Ismail

PENGERUSI

Ruhselah Binti
Haji Ismail

SETIAUSAHA

Maisarah
Binti Mokhtar

Bendahari

Wan Sabarudin Bin Wan Ahmad

Anggota Lembaga Koperasi

Jeffri
Bin Mustapa

Anggota Lembaga Koperasi

Mohd Hafiz
Bin Abdul Khalek

Anggota Lembaga Koperasi

Aminudin
Bin Abd. Hamid

Anggota Lembaga Koperasi

Norliana Akida
Binti Abd Rahim

Anggota Lembaga Koperasi

Muzadi Bin Marjuki @ Marzuki

Anggota Lembaga Koperasi

Juruaudit Dalaman (JAD) 2024/2025

Juruaudit Dalaman

Ngatinah
Binti Sepah

PENGERUSI

Siti Sarah
Binti Zainal

Anggota Jawatankuasa

Siti Nurul Azzua
Binti Tamjis

Anggota Jawatankuasa

Pengurusan Putrakop

Pengurusan Putrakop

Mohd Ridzuan
Bin Mukhtar

PENGURUS BESAR

Nor Azlina
Binti Mokhtar

PENGURUS KEWANGAN & KEANGGOTAAN

Hazierah Hanun
Binti Ab Azis

PENGURUS OPERASI & PERNIAGAAN

Kamarul Fikri
Bin Kamarudin

PENGURUS KREATIF & MULTIMEDIA

Ahmad Faiz
Ahmad Sabri

PENGURUS PENYELENGGARAAN & PEMANTAUAN

Norsyajiha Binti Mohammed Zaid

PENGURUS F&B DAN PERUNCITAN

Profil Syarikat