











































Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad (PutraKop) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin. Majlis yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran hampir 600 orang tetamu.
Majlis ini diadakan bagi meraikan kemeriahan Syawal serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan Anggota PutraKop, rakan niaga serta warga Perbadanan Putrajaya.
Pelbagai juadah tradisi hari raya disajikan kepada para tetamu, di samping suasana mesra dan ceria sepanjang majlis berlangsung. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Anggota Lembaga Koperasi, barisan pengurusan, serta anggota-anggota PutraKop yang mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan dan beramah mesra.
PutraKop merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir serta kepada warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah dan kerjasama sesama anggota akan terus kukuh demi manfaat bersama.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada seluruh warga PutraKop.