Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad atau singkatannya PutraKop telah di tubuhkan pada ๐ญ๐ฎ ๐๐ถ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ฏ. Keanggotaan koperasi ini terdiri daripada pekerja-pekerja berkanun di Perbadanan Putrajaya.
Penubuhan PutraKop adalah sebagai satu platform yang akan memberikan ruang dan peluang kepada pegawai dan kakitangan Perbadanan Putrajaya untuk memikirkan, menjalankan dan berkongsi keuntungan hasil daripada aktiviti komersil untuk manfaat dan faedah secara bersama.
๐๐ฑ๐ฒ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ฏ๐๐ต๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐๐ฟ๐ฎ๐๐ผ๐ฝ telah lama disuarakan oleh pegawai dan pekhidmat Perbadanan Putrajaya dalam forum/mesyuarat seperti Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan Perbadanan Putrajaya (KRISputra). Keperluan bagi penubuhan koperasi di Perbadanan Putrajaya juga turut telah disarankan oleh YBhg. Tan Sri Datoโ Seri Presiden. Selaras dengan sokongan padu ini maka kata sepakat telah dipersetujui bersama bagi penubuhan PutraKop ini.
Antara cadangan awal aktiviti / bidang komersil yang berpotensi untuk diceburi dan diterokai oleh Koperasi Perbadanan Putrajaya adalah dalam sektor: pembangunan stesen minyak, lot-lot komersil, peruncitan, hartanah dan khidmat pembiayaan kepada anggota-anggotanya.
PutraKop berharap agar dapat meluaskan lagi aktiviti perniagaan yang diceburi di samping dapat memberikan faedah dan perkhidmatan yang terbaik untuk anggota dan seterusnya dapat menyumbangkan peningkatan KDNK negara. Harapan 5 tahun akan datang PutraKop menjadi koperasi yang mampu berdaya saing secara progresif dan amanah supaya koperasi menjadi yang cemerlang dari pelbagai aspek.
Koperasi berkualiti, komited dan berdaya saing.
1. Menjalankan aktiviti perniagaan yang berdaya maju.
2. Menghasilkan pulangan atas modal pada kadar yangkompetitif.
3. Operasi pengurusan & perniagaan secara digital, efisien & automasi.
4. 100 Koperasi terbaik nasional.
5. Melahirkan modal insan yang berpotensi.
Memastikan aktiviti perniagaan menjana keuntungan bersih tahunan.
Memastikan bayaran dividen 10% atas modal syer.
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti & efisien.
Mengintegrasikan sumber, sistem & teknologi dalam organisasi.
Menfokuskan pemantapan modal insan dengan ilmu, latihan & kemahiran.
PENGERUSI
SETIAUSAHA
Bendahari
Anggota Lembaga Koperasi
Anggota Lembaga Koperasi
Anggota Lembaga Koperasi
Anggota Lembaga Koperasi
Anggota Lembaga Koperasi
Anggota Lembaga Koperasi
PENGERUSI
Anggota Jawatankuasa
Anggota Jawatankuasa
PENGURUS BESAR
PENGURUS KEWANGAN & KEANGGOTAAN
PENGURUS OPERASI & PERNIAGAAN
PENGURUS KREATIF & MULTIMEDIA
PENGURUS PENYELENGGARAAN & PEMANTAUAN
PENGURUS F&B DAN PERUNCITAN
๏ปฟ๏ปฟ๏ปฟPutrakop | Khidmat Pelanggan
Typically replies within minutes
๏ปฟ๏ปฟ๏ปฟ๏ปฟPerlukan bantuan atau maklumat lanjut? Hubungi kami di WhatsApp!
WhatsApp Kami
๏ปฟ๐ข Online | Privacy policy
WhatsApp Kami